Friday, February 13, 2015

Aku, Dia dan Kedai Motor

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian..

Alhamdullilah dengan izin-Nya dapat lah aku nak cerita sikit pada pembaca blog aku yang cun-cun, macho-macho belaka ni.Jadi, tanpa membuang masa anda semua, aku ada la cerita baru nak kongsi dengan pembaca sekalian walaupun cerita aku tak sehebat cerita "Suami Aku Encik Perfect 10".

Malam semalam aku tengah bawak motor dengan cik pakwe, tengah seronok dia bawak tu tiba-tiba boleh pulak motor tu buat hal.Aku pun pening lah, terpaksa cari kedai motor berhampiran kawasan tempat tinggal aku tu.Bukan nak mengata dia lah, tapi motor cik pakwe aku tu memang dah buruk.Tapi nasib baik lah kami jumpa kedai motor kat tepi jalan tu.

Tiba-tiba cik pakwe  nampak lah ada satu kedai ni jual pelbagai jenis baju permotoran.Dia ni memang pantang nampak benda yang cantik-cantik. jadi,Kami tinggalkan motor kat kedai motor.Bila dah masuk dekat dalam kedai tu, aku nampak lah macam-macam jenis baju permotoran yang cantik dan bergaya,contohnya baju motorsikal suzuki, yamaha, honda,Rapsol,m7 dan macam-macam lagi.Harga yang mereka jual pun berpatutan dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

Contoh baju yang dijual

Jadi, dia berminat lah nak beli baju permotoran tu.aku pun tak kisah sebab harga yang mereka bagi pun tak berapa mahal dan masih mampu untuk dibeli.Akhirnya, duit si pakwe aku tu diragut oleh tuan kedai motor dan kedai baju permotoran tersebut.